Kelas eLearning - Pembelajaran dalam permainan

21 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2020, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar sekolah. Pengurus Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas mengajar mereka cara-cara untuk bermain permainan secara dalam talian iaitu permainan mencari perkataan dalam Bahasa English “words searching”.
Tujuan pembelajaran ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap tumpuan pelajar – pelajar sekolah ini dan sekali gus akan meningkatkan daya kreativiti para pelajar.
Pembelajaran ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 hingga 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali